fbpx
GAMBAR fail sebuah pesawat Singapore Airlines. - Foto AFP

Warga Britain didakwa hina penduduk Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang lelaki Britain berusia 62 tahun berdepan hukuman penjara bertahun-tahun kerana mengucapkan penghinaan kepada warga Israel di dalam sebuah penerbangan dari London, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki dikenali sebagai Steven George Harris itu didakwa bertindak demikian ketika menaiki  penerbangan Singapore Airlines ke Singapura, baru-baru ini.

Dia dikatakan memanggil seorang kru penerbangan SQ309 itu dengan kata-kata kurang sopan.

Steven juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang penumpang warga Israel.

Dia berdepan empat pertuduhan termasuk dua ugutan jenayah, menggunakan kata-kata kesat dan mencetuskan gangguan.

Kes itu ditangguhkan ke bulan ini dan menurut laporan, apabila membuat penampilan pertama di mahkamah, Steven dilaporkan berhasrat untuk mengaku tidak bersalah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI