fbpx
UJI bakat Dewi Remaja yang diadakan baru-baru ini dibanjiiri gadis-gadis cantik dan berbakat dalam pelbagai bidang.

Kelakarnya tengok gadis-gadis nak jadi Dewi Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DEWI Remaja antara pertandingan realiti yang memiliki peminatnya sendiri dan kini rancak mencari peserta baharu untuk musim 2025.

Pencarian individu yang mempunyai personaliti menarik dan berbakat tahun ini hangat menjadi bualan ramai apabila terdapat segelintir wanita yang dikatakan tidak layak untuk dipilih.

Selain dikritik dek penampilan rupa paras kurang menarik, tiada aura dan rendah keyakinan diri juga antara faktor dilihat pada segelintir mereka yang hadir.

Bukan itu sahaja, terlalu yakin atau overconfident juga boleh memakan diri sendiri sehingga menerima kecaman teruk.

“Ada yang tunjuk bakat jadi perempuan psiko tapi kita pula yang boleh gila.

“Kenapa rasa uji bakat tahun ini lucu sangat! Terhibur.

“Mereka yang menari, berlakon, aku pula malu tengok. Semoga yang lulus uji bakat memang benar-benar layak,” kata netizen.

Setakat ini, pencarian Dewi Remaja baru sahaja selesai sesi uji bakat secara terbuka dan tertutup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI