fbpx
Sivasundaram (dua dari kiri) ditemui pada majlis menandatangani pembaharuan perjanjian penajaan di antara FAM dan Kronos Malaysia di Shah Alam, hari ini. - Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

Liga Super: FAM mahu pengadil konsisten, bebas kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan agar saingan Liga Malaysia musim 2025/2026 yang akan bermula pada 8 Ogos depan bebas daripada sebarang kontroversi membabitkan mutu pengadilan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata, prestasi pengadil musim lalu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dengan pelaksanaan Sistem Bantuan Video (VAR).

Kata Sivasundaram, momemtum cemerlang pengadil tempatan bagi saingan liga perlu diteruskan sekali gus memastikan integriti pengadilan berada pada tahap terbaik.

“Kalau saya, sudah tentu saya mahukan ‘zero issue’. Kita harap tahun depan pun boleh dapat ‘zero issue’. Tapi kita kena faham, pengadil juga manusia dan mungkin boleh buat kesilapan,” katanya pada Majlis Pelancaran Jersi Pengadil di Shah Alam hari ini..

Mengulas lanjut, Sivasundaram mendedahkan hanya lima insiden membabitkan keputusan pengadil direkodkan sepanjang 208 perlawanan musim lalu.

“Daripada lima laporan itu, dua memang kesilapan pengadil dan tiga lagi terbukti mereka buat keputusan yang tepat.

“Statistik ini penting supaya kita tidak sewenang-wenangnya menyalahkan pengadil.

“Kita ikut laporan penilai yang sah. Kalau ada kelemahan, kita terima dan akan terus perbaiki,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI