JAKARTA – Sekumpulan penunggang teksi motosikal dikecam kerana memaksa seorang ibu yang membawa bayi untuk turun daripada teksi yang dipesannya secara online, lapor portal berita Insert Live semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di Stesen Tigaraksa, Tangerang dalam wilayah Banten.
Rakaman kejadian di platform TikTok oleh akaun @inilah.com menunjukkan kumpulan terbabit memberhentikan sebuah teksi lalu memaksa wanita bersama bayinya untuk turun.
Malah, dia dipaksa turun ketika hujan lebat.
Ketua Polis Tangerang, Komsaris Besar Andi Muhammad Indra berkata, kumpulan tersebut menghalang teksi daripada mengambil penumpang di kawasan mereka.
“Kata kuncinya, sama-sama cari ‘makan’. Mereka perlu tenang dan tidak emosi tetapi yang menjadi mangsa adalah penumpang.
“Kami akan memanggil kedua-dua pihak untuk berbincang bagi mendapatkan penyelesaian,” tambah Andi Muhammad. – AGENSI