fbpx
Tangkap layar menunjukkan beberapa penonton melempar botol minuman ke arah pemain. - TikTok

Penonton lempar botol pada pemain bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebilangan penonton menerima kecaman orang ramai selepas dirakam membaling botol air mineral ke arah pasukan bola sepak di sebuah stadium yang baru dibina, lapor portal berita Detik semalam.

Kejadian dirakam di Stadium Surajaya di Lamonga, wilayah Jawa Timur.

Rakaman di platform TikTok oleh akaun @bojonegorotv menunjukkan beberapa lelaki melempar botol minuman ke arah padang di mana pemain sedang berehat.

Ketua Badan Belia dan Sukan  Lamongan, Erwin Sulistyo Pambudi berkata, tindakan tidak bermoral itu berlaku semasa perlawanan Piala Soeratin bawah 18 tahun.

“Masih ada penyokong yang melempar botol.  Kita harus mengambil iktibar daripada kejadian ini.

“Kami menggesa semua orang supaya menjaga ketenteraman di dalam dan luar Stadium Surajaya yang baharu,” tambah Erwin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI