fbpx
Mohd. Rosli ketika sidang media selepas melancarkan program Sekolah Angkat Madani Maritim Malaysia di SMK Sungai Baging di Kuantan hari ini.

Kapal Misi Pelbagai Guna APMM bernilai RM295 juta mula dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Kapal Misi Pelbagai Guna Misi (MPMS) pertama milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bernilai kira-kira RM295 juta kini memasuki fasa pembinaan dengan kemajuan kerja melebihi jadual asal.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah, berkata, perolehan kapal yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) itu sebelum ini menerima peruntukan asal sebanyak RM280 juta, namun ditambah RM50 juta lagi bagi memastikan kelengkapan dan keupayaan operasi kapal dapat memenuhi objektif pelbagai fungsi yang dirancang.

Katanya, harga akhir pembinaan kapal itu dimuktamadkan sebanyak USD68.8 juta atau kira-kira RM294.8 juta selepas rundingan harga antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Maritim Malaysia dan syarikat pembinaan kapal, Desan Shipyard dari Turkiye.

“Pembinaan kapal dimulakan sebaik sahaja Surat Setuju Terima (SST) ditandatangani pada 21 Mac lalu, semasa lawatan rasmi delegasi KDN dan APMM ke limbungan Desan di Turkiye.

“Kontrak rasmi pula ditandatangani ketika Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2025) pada 20 Mei lalu,” katanya selepas melancarkan program Sekolah Angkat Madani Maritim Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging di sini hari ini.

Tambahnya, sebagai simbolik permulaan pembinaan kapal, upacara ‘Steel Cutting Ceremony’ telah diadakan pada 9 Julai lalu di Desan Shipyard dan disaksikan secara telesidang oleh pihak KDN dan APMM. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN