fbpx
SEORANG pegawai JIM Johor direman kerana disyaki bersubahat kegiatan pasport terbang ketika di Mahkamah Johor Bahru hari ini. -Foto BAZLAN IBRAHIM

Pasport terbang: Seorang lagi pegawai Imigresen Johor direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lagi pegawai Jabatan Imigresen (JIM) Johor yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah, Muhammad Fitri Mokhtar.

Difahamkan, tertuduh ditahan ketika berada di kediamannya di Nilai, Negeri Sembilan pada pukul 10 malam, semalam.

Tertuduh dipercayai terlibat dengan empat pegawai JIM Johor yang sebelum ini ditahan reman selama enam hari kerana menerima rasuah kira-kira RM3,000.

Bayaran tersebut dipercayai bagi kegiatan ‘pasport terbang’ semasa pegawai terlibat bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI