fbpx
GAMBAR fail Sumera Rajput. - Foto @kumailsoomro/X

“TikToker’ hilang nyawa kerana enggan berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KARACHI – Seorang pesohor media sosial Pakistan, Sumera Rajput ditemui dalam keadaan meninggal dunia di rumahnya di kawasan Bago Wah, daerah Ghotki dalam negeri Sindh, lapor portal berita Mint kelmarin. 

Anak perempuan ‘TikToker’ itu yang berusia 15 tahun mendakwa bahawa ibunya dibunuh oleh individu yang telah lama mendesaknya untuk berkahwin secara paksa. 

Dia berkata, ibunya diberikan pil racun yang menyebabkan kematian mangsa, lapor portal berita Geo News.

Dua orang telah ditahan berhubung kejadian itu. 

Polis memberitahu Geo News bahawa mereka sedang menyiasat kes pembunuhan tersebut.

Sumera yang mempunyai lebih 58,000 pengikut di platform TikTok, adalah mangsa terbaru dalam rentetan serangan disasarkan terhadap pesohor media sosial wanita di Pakistan.

Bulan lalu, seorang ‘TikToker’, Sana Yousaf yang berusia 17 tahun ditembak mati di rumahnya di Islamabad. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN