fbpx
Jeti yang didakwa dibina menggunakan kos hampir RM500,000 rosak dalam tempoh dua bulan selepas disiapkan.

Taman Laut Negara di Melaka menyedihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pemandu bot pelancong mendakwa Taman Laut Negara di negeri ini yang dibuka sejak dua tahun lalu bukan sahaja menyulitkan nelayan mencari rezeki, malah ia langsung tidak membawa pulangan kepada rakyat.

Roslan, 35, berkata, dia hanya memperoleh pendapatan sekitar RM140 seminggu atau RM450 sebulan untuk membawa pelancong Taman Laut Negara melibatkan tiga pulau iaitu Undan, Nangka dan Dodol.

Katanya, tahap kejernihan air Selat Melaka yang berbeza de­ngan Taman Laut Negara Terengganu menyebabkan pengunjung hanya datang sekali sahaja.

“Memang tak ada orang nak ke Taman Laut Negara Melaka. Dalam seminggu saya dapat dua trip, sekitar RM140 sahaja. Hujung minggu pun tidak ada sam­butan,” ujarnya.

Menurut Roslan, aktiviti glamping dan snorkeling yang dipromosikan juga tidak menyediakan kemudahan dan lokasi yang sesuai.

“Di Pulau Undan dan Pulau Nangka ini tandas pun tak ada, macam mana pengunjung mahu beriadah di sini, mereka terpaksa menaiki bot ke Pulau Besar.

“Perimeter untuk snorkeling juga sangatlah terhad, penyelam terpaksa berkumpul melihat terumbu karang, memang tak sesuai pulau-pulau ini dijadikan pulau pelancongan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN