fbpx
Keadaan kereta yang ditelan lubang benam di Jalan Tanjong Katong. - Asia One

Kereta ditelan lubang benam 3 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang pemandu cedera apabila kereta dinaikinya ditelan lubang benam sedalam 3 meter yang muncul secara tiba-tiba di Jalan Tanjong Katong, Singapura semalam, lapor laman berita Asia One.

Berdasarkan video tular di media sosial, sebuah kereta dilihat terapung di dalam lubang digenangi air.

Agensi air kebangsaan Singapura, PUB berkata dalam hantaran di laman Facebook bahawa insiden berlaku sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) di persimpangan Jalan Tanjong Katong dan Jalan Mountbatten.

Ia bersebelahan tapak kerja PUB sedia ada, menyebabkan dua lorong jalan terjejas.

“Sebuah kenderaan terjatuh ke dalam lubang benam. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyelamatkan pemandu wanita itu dan menghantarnya ke hospital.

“Polis, SCDF dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berada di lokasi kejadian untuk menguruskan keadaan. 

“Kedua-dua arah jalan terjejas telah ditutup kepada lalu lintas. Pemandu dinasihatkan mengelak kawasan itu dan menggunakan laluan alternatif,” kata PUB.

Sementara itu, seorang penduduk dikenali sebagai Ho berkata, kerja-kerja pembaikan telah dijalankan di lokasi itu selama beberapa bulan.

Beliau turut meluahkan rasa prihatin dan berharap agar PUB serta agensi berkaitan memeriksa tapak tersebut untuk keselamatan orang ramai. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI