fbpx
SEBUAH kereta Mercedes-Benz milik pegawai kanan polis terbakar. - Foto The Pattaya News

Kereta mewah pegawai kanan polis terbakar ketika pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pegawai kanan polis nyaris maut selepas kereta Mercedes-Benz miliknya terbakar di jalan utama ketika dia memandu pulang ke rumah dalam kejadian di Pattaya, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Anggota kecemasan dan bomba  bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan pukul 2.40 pagi (waktu tepatan) semalam. 

Apabila mereka tiba di lokasi kejadian, bahagian hadapan Mercedes-Benz berwarna perak itu terbakar dengan asap berkepul-kepul naik ke udara.

Anggota-anggota bomba, disokong unit sandaran tambahan mengambil masa lebih 10 minit untuk memadamkan api.

Menurut portal berita The Pattaya News, pegawai itu berjaya keluar dari kenderaan tersebut beberapa saat sebelum api merebak di luar bonet.

“Tiada kecederaan. Pegawai itu selamat dan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan siasatan kami,” kata seorang jurucakap Balai Polis Bang Lamung yang mengendalikan kes itu.

Punca sebenar kebakaran masih belum diketahui. 

Penyiasat polis dan bomba sedang menyemak rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kedai perniagaan berdekatan dan akan melakukan pemeriksaan forensik penuh ke atas kenderaan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI