KETIKA ramai masih berdebat tentang isu tukar lirik lagu Rollerblade nyanyi kumpulan No Na asal Indonesia, lain pula cerita dibangkitkan netizen di sini.
Ramai mula bersuara mengenai keberadaan kumpulan Dolla yang dikatakan lama menyepi daripada sebarang lagu terbaru.
Kali terakhir ialah lagu Mwa sekitar Mei 2025. Pejam celik sudah setahun menyepi tapi Diva rasa mungkin mereka sedang perancangan hasil album baharu.
Mungkin perlu tanya syarikat rakaman mereka, Universal Music Malaysia.
Tak seronok pula kerjaya sedang memuncak kemudian ghaib tanpa khabar berita. Harap ada lagu baru yang akan diluncurkan kelak, jangan hilang lama-lama nanti populariti merundum.
DIVA: Ramai harap Meerqeen, Mierul Aiman atau Amir Ahnaf tak kahwin mengejut macam Jazmy Juma.














