fbpx
PIASTRI kini berpeluang cerah untuk melebarkan penguasaan sebagai pendahulu keseluruhan musim ini. - AFP

Momentum terbaik Piastri tawan GP Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SPA-FRANCORCHAMPS – Pendahulu Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1), Oscar Piastri mempamerkan kelajuan luar biasa apabila mencatat masa terpantas dan meraih petak utama untuk perlumbaan sprint Grand Prix (GP) Belgium malam tadi.

Pelumba McLaren berusia 24 tahun itu meninggalkan pencabar terdekat, Max Verstappen daripada Red Bull dengan jurang besar 0.477 saat menerusi satu pusingan sempurna yang turut memadam rekod lama di litar Spa.

Piastri mencatat masa satu minit 40.510 saat untuk mengetuai barisan hadapan perlumbaan malam ini, sekali gus mengetepikan rekod terdahulu milik Lewis Hamilton sejak 2020 dengan kelebihan lebih tujuh persepuluh saat.

Lebih manis, pelumba Australia itu kini mendahului kejuaraan dunia dengan kelebihan lapan mata ke atas rakan sepasukan, Lando Norris yang tidak mampu menyaingi kelajuan luar biasa di Spa-Fancorchamps.

“Itu satu pusingan yang sangat baik. Saya sempat cemas sedikit di SQ2 apabila catatan saya dipadam, tapi kereta memang hebat sepanjang hari ini. Saya rasa saya berjaya lakukan beberapa pusingan terbaik setakat musim ini.

“Terima kasih kepada pasukan, kereta sangat mantap. Saya memang sukakan litar ini, ia kegemaran saya setiap tahun. Mungkin itu beri saya kelebihan beberapa persepuluh saat,” kata Piastri.

Piastri mengakui keyakinan tinggi menjadi faktor utama, terutamanya selepas beberapa hujung minggu terdahulu menyaksikan kelajuan jentera tidak membuahkan keputusan setimpal.

Aksi luar biasa itu bukan sekadar mengagumkan, malah perbezaan masa yang besar turut menyaksikan McLaren sedang menikmati fasa terbaik mereka musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI