fbpx
KENDERAAN tentera Thai berada di jalan raya di wilayah sempadan Chachoengsao 24 Julai lalu. – AFP

Korban konflik Thai-Kemboja meningkat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Thailand dan Kemboja bertempur untuk hari ketiga hari ini ketika angka korban akibat pertempuran paling berdarah dalam tempoh beberapa tahun itu meningkat kepada 33 orang dengan Phnom Penh menyeru ‘gencatan senjata segera’ dilaksanakan.

Kementerian Pertahanan Kemboja berkata, 13 orang disahkan terbunuh dalam pertempuran itu, termasuk lapan orang awam dan lima askar, manakala 71 yang lain cedera.

Di Thailand, pihak tentera berkata, lima askar terbunuh semalam, menjadikan jumlah kematian bertambah kepada 20 orang termasuk 14 orang awam dan enam anggota tentera.

Angka kematian di kedua-dua negara kini lebih tinggi daripada 28 orang yang terbunuh dalam pertempuran besar terakhir antara 2008 hingga 2011.

Kedua-dua belah pihak melaporkan pertempuran sekitar pukul 5 pagi (6 pagi waktu Malaysia) hari ini, dengan Kemboja menuduh tentera Thai membedil ‘lima peluru artileri berat’ ke sasaran di wilayah Pursat, bersempadan dengan wilayah Trat di Thailand.

Pertempuran tiga hari itu memaksa lebih 138,000 orang dipindahkan dari kawasan sempadan Thailand, manakala lebih 35,000 orang meninggalkan kediaman di Kemboja.

Selepas mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan di New York, Duta Kemboja ke PBB, Chhea Keo berkata, negaranya mahukan gencatan senjata.

“Kemboja meminta gencatan senjata segera tanpa syarat dan kami juga menyeru penyelesaian damai pertikaian ini,” katanya kepada pemberita. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN