fbpx
LILIS SASLINDA memeriksa harga barangan keperluan asas serta memantau perlaksanaan Ops Kesan 4.0, di Hwa Thai Supermart, Larkin Junction, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

4 aduan harga naik di Johor selepas peluasan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor terima empat aduan melibatkan dakwaan berlaku kenaikan harga berlebihan susulan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST).

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, empat premis itu melibatkan dua bengkel dan satu kawasan parkir di Johor Bahru, manakala satu kedai runcit di Kota Tinggi.

“Setiap aduan diterima akan disiasat melibatkan semakan dokumen harga, kos dan tahap kerjasama peniaga dalam memberikan maklumat yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Kesan 4.0 di Pasaraya Hwa Thai Supermart Larkin Junction, di sini hari ini.

Sementara itu, Lilis Saslinda turut memberitahu, sejak Ops Kesan 4.0 mula dilaksana, pihaknya telah mengeluarkan 48 notis pengesahan maklumat barangan kepada pemilik perniagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI