fbpx
Mohammad Fahmi.

Selangor tolak sistem i-Mesra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menolak pelaksanaan sistem ‘i-Mesra’ sebagai platform pengesahan atau perakuan premis makanan yang menggunakan bahan mentah halal atau patuh syariah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, perakuan halal menerusi sistem itu berisiko menimbulkan kekeliruan kepada pengguna terutama umat Islam.

Tegas beliau, ia tidak menjamin bahawa produk atau perkhidmatan itu memenuhi piawaian dan standard halal ditetapkan pihak berkuasa.

“Hanya Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) diiktiraf sebagai bukti perakuan halal.

“Kerajaan negeri menggesa pengusaha dan pemilik premis mengelak membuat pengesahan mengelirukan dan ia hanya dibuat selepas memperoleh pensijilan halal yang diiktiraf pihak berkuasa berwibawa,” katanya hari ini.

Menurut Mohammad Fahmi, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan terhadap pihak yang menyalahgunakan logo atau takrifan halal mengelirukan.

Ujarnya, ini dilakukan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI