fbpx
Ismanira dan Zaim Ikhwan keluar dari pintu utama Kompleks Mahkamah Petaling Jaya selepas keputusan pertuduhan dibacakan. - Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

Zayn Rayyan: Mata Ismanira bengkak selepas diarah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wajah Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kelihatan sugul selain kedua-dua matanya bengkak seperti menangis.

Walaupun memakai pelitup muka, namun jelas terpancar kesedihan selepas wanita berusia 30 tahun itu diperintah supaya membela diri atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu.

Bagaimanapun suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, pula dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini

Hakim Dr. Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan yang dikemukakan ke atas Ismanira.

Pada pukul 12.35 tengah hari, pasangan suami isteri itu keluar melalui pintu utama mahkamah sambil Zaim Ikhwan memegang lengan isterinya menuju ke kafeteria.

Beberapa ahli keluarga yang turut menemani pasangan itu makan tengah hari sementara menunggu perbicaraan bersambung pada sebelah petang.

Ismanira dan Zaim Ikhwan bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi kepada pengamal media yang ‘berkampung’ di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya seawal pukul 7.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN