fbpx
Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita dan anaknya di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu malam tadi. - IHSAN BOMBA

Ibu, anak 4 tahun diselamatkan daripada terjatuh Jambatan Sultan Yahya Petra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Tindakan pantas orang ramai dan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mempunyai masalah kewangan bersama anak lelakinya daripada terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu disedari oleh seorang wanita selepas melihat wanita berusia 35 tahun itu berada dalam keadaan mencurigakan bersama anak lelakinya menghampiri penghadang jambatan berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Suhaimi Othman berkata, anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 11.20 malam.

Menurutnya, anggota bomba mendapati wanita itu bersama anak lelakinya berusia empat tahun dikerumuni oleh orang awam yang sedang memujuknya.

“Kita mengambil masa kira-kira 20 minit memujuk dan menenangkan wanita terbabit yang tinggal di Panji di sini.

“Siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave bersama anak lelakinya ke jambatan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Suhaimi memberitahu, wanita terbabit memaklumkan dia mengalami masalah kewangan dan mempunyai tunggakan bayaran rumah sewa.

Katanya, mangsa juga kurang bercakap dan hanya mampu menggelengkan kepala ketika ditanya.

Tambahnya, wanita terbabit bersama anaknya diserahkan polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN