fbpx
Zainab (kiri) semasa menerima kunjungan Pengerusi Pertubuhan Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed di rumahnya di Kampung Laloh, Kuala Krai. – IHSAN KELUARGA

Mek Nab terlantar dirodok gading gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Seorang warga emas yang dirodok gading gajah sebelum dipijak haiwan itu pada 20 Mac lalu kini hanya terlantar di atas katil selain tidak dapat melakukan sebarang pe­kerjaan sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini, kira-kira dua bulan lalu.

Zainab Mat Husin, 63, berkata, dia juga dipantau oleh anak sulungnya, Mohd. Nazri Mat Husin, 48, yang terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu bas ekspres.

Menurut Zainab, dia yang be­kerja sebagai penoreh getah kini bergantung kepada saudara terdekat yang menghulurkan sumbangan bagi perbelanjaan membeli keperluan dapur dan ubat kerana tiada pendapatan tetap.

“Anak saya sudah kehabisan wang simpanan selepas berhenti kerja sejak dua bulan lalu kerana menjaga saya sepanjang berada di hospital.

“Apa yang saya bimbangkan adalah sekiranya bekalan ubat habis kerana kami ketiadaan wang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Zainab berkata, dia telah menjalani menjalani pembedahan membuang daging pada bahagian punggungnya yang sudah hancur selepas dipijak haiwan tersebut.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan dia sudah tidak boleh berjalan dah hanya boleh duduk di atas katil.

“Saya masih belum pulih sepenuhnya dan hanya boleh berjalan menggunakan tongkat untuk bergerak di dalam rumah.

“Saya rasa sakit di lengan kanan akibat patah selain me­ngalami bengkak di kedua-dua kaki. Jika tidak tahan sakit, anak saya bawa ke klinik untuk menerima suntikan bagi menghilangkan kesakitan itu,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumba­ng­an boleh menghubungi ta­lian 013-700 3236 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya, 0300541100013496.

Kosmo! sebelum ini mela­porkan, seorang wanita warga emas yang parah selepas di­rodok ga­ding seekor gajah sebelum dipijak haiwan tersebut semasa me­noreh getah di Kampung Laloh di sini, pada 20 Mac lalu, selamat menjalani tiga pembedahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN