fbpx
Fadhlina beramah mesra bersama salah seorang pelajar di Kota Kinabalu, hari ini.

Program Gadis perlu diperluas, beri potensi kepada pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penganjuran Program Citra Gadis Unggul (Gadis) diperluas ke seluruh negara, sekali gus dijadikan agenda penting bagi mengembangkan potensi pelajar perempuan.

Beliau berkata, agenda pendayaan perlu diterapkan sedari awal supaya potensi pelajar perempuan di negara ini dapat terus dikembangkan menjadi insan holistik dan cemerlang.

“Itu antara tumpuan utama kami pada waktu ini untuk memberi kesedaran kepada anak-anak perempuan mengenai hak mereka mendapat peluang pendidikan terbaik dan mencapai impian dalam kehidupan.

“Pengalaman menjadi aktivis bertahun-tahun, kini saya membawa pendayaan GADIS sebagai agenda penting. Hanya pendidikan sahaja yang boleh mengubah masa hadapan anak-anak kita,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan itu menghadiri program GADIS yang dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping di Kota Marudu.

Dalam program tersebut, Fadhlina berkata beliau turut berkesempatan mengikuti program mendidik dan memberi kesedaran kepada anak-anak mengenai reproduktif serta isu kesihatan mental. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI