fbpx
Anggota bomba giat memadam kebakaran di Jalan KP 1/3 Kajang Prima. - Foto ihsan bomba

Hutan 1.2 hektar terbakar di Kajang Prima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hutan seluas kira-kira 1.2 hektar terbakar dalam satu kejadian di Jalan KP 1/3, Kajang Prima.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.39 malam.

Katanya, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Semenyih dan Bangi dikerahkan ke lokasi bersama tiga jentera FRT dan satu unit EMRS.

“Kebakaran melibatkan hutan berkeluasan tiga ekar (1.2 hektar) dan berlaku tompokan di sekitar kawasan bukit,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut dan kerja-kerja pemadaman masih diteruskan sehingga kebakaran dapat dikawal sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI