fbpx

Pejuang tak tolak kerjasama elektoral PN hadapi pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mukhriz ketika Perhimpunan Agung Pejuang di Shah Alam hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak menolak kerjasama pakatan elektoral dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mengelak pertembungan dan pertindihan kerusi dalam pilihan raya.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti itu belum memuktamadkan kerjasama tersebut, namun beliau yakin semua pihak memahami peluang terbaik untuk memenangi kerusi pilihan raya adalah menerusi pertembungan satu lawan satu.

Katanya, sebagai contoh, Pejuang menarik diri daripada mempertahankan empat kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dan Anak Bukit (Kedah), Jeram serta Batang Kali (Selangor) yang membuahkan kejayaan kepada PN.

“Pada waktu itu, kami serah sepenuhnya kepada PN dan berkempen untuk mereka bagi memastikan semua kerusi dimenangi PN. Ia terbukti berjaya. Jika wujud keserasian pendirian, kedua-dua pihak boleh bekerjasama.

“Masuk (PN) sebagai gabungan itu masih terbuka untuk dibincangkan. Dalam pertemuan semalam (dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin), belum ada keputusan muktamad bentuk kerjasama boleh diwujudkan,” katanya selepas merasmikan perhimpunan agung parti tersebut di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI