PETALING JAYA – KOSPET telah melancarkan Magic R10 dan Magic P10 dengan inovasi jam pintarnya yang lengkap untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi daripada produk berkaitan penjejakan kesihatan hinggalah kepada alat gaya hidup pintar.
Menurut Pengarah Pemasaran KOSPET, Jonathan Zheng berkata, dengan Siri Magic, pihaknya telah mereka sesuatu yang berprestasi dan memberi inspirasi kepada keyakinan,” katanya dalam kenyataan yang dikelyuarkan di sini baru-baru ini.
Jelas beliau, jam tangan ini mencerminkan gaya hidup yang berani, bermaklumat dan bergerak. Ia bukan hanya teknologi boleh pakai, ia adalah kenyataan peribadi. Sama ada anda sedang menjalani senaman yang sengit atau menuju ke mesyuarat perniagaan, jam tangan pintar
“Siri Magic KOSPTE baharu direka untuk mengikuti perkembangan, memberikan prestasi luar biasa dalam bentuk yang anggun, bergaya dan terbina untuk kehidupan seharian,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Zheng menjelaskan, kedua-dua model ini mempunyai bezel keluli tahan karat premium 316L dan dipasangkan dengan tiga pilihan tali iaitu silikon cecair, magnetik dan disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup, daripada formal kepada aktif.
Magic R10 menampilkan paparan AMOLED 1.43-inci dengan resolusi 466×466, manakala Magic P10 menawarkan skrin AMOLED 1.96-inci yang lebih besar pada resolusi 410×502.
Kedua-dua paparan menyokong kecerahan puncak 1000 nits, memastikan keterlihatan yang sangat baik walaupun di bawah cahaya matahari langsung.
Magic R10 dan P10 akan tersedia untuk pembelian di Malaysia mulai 21 Julai 2025 melalui kedai rasmi KOSPET di Shopee, Lazada dan TikTok serta peruncit sah di seluruh negara.
Kedua-dua model dijual pada harga runcit RM699, dengan promosi pelancaran istimewa RM629 yang ditawarkan untuk masa terhad sahaja.
Bundle belian awal dan hadiah eksklusif juga akan diumumkan melalui platform rasmi KOSPET.
Selain itu, melalui penjejakan biometrik 24/7 termasuk kebolehubahan kadar denyutan jantung, tahap oksigen darah, kitaran tidur (termasuk REM), tekanan, dan juga pemantauan emosi,kedua-dua model tersebut berfungsi sebagai rakan kesihatan yang bijak.
Ciri seperti penjejakan kitaran haid, pemeriksaan kesihatan sekali sentuh, makluman tidak normal dan panduan pernafasan memperkasakan pengguna mengurus kesihatan mereka dengan lebih intuitif. -KOSMO! ONLINE