fbpx

Ops Kesan 4.0 pantau peniaga naik harga sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHAIDA (dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada pengunjung sebuah pasar raya di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis tidak akan berkompromi dengan peniaga yang didapati menaikkan harga barangan secara tidak munasabah atas alasan peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Pengarahnya, Rohaida Hassan berkata, Ops Kesan 4.0 yang dilaksanakan sejak 1 Julai lalu bertujuan mengekang sebarang tindakan pencatutan oleh peniaga yang melanggar undang-undang sedia ada.

“Ops ini dilaksanakan secara khusus mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan daripada pengumuman SST untuk menaikkan harga sesuka hati mereka,

“Pemantauan yang dibuat mendapati barangan seperti Milo, sardin dalam tin, tepung gandum, susu pekat manis dan roti putih termasuk dalam senarai yang dipantau setiap hari,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Kata beliau, barangan mentah seperti ayam, sayur kobis dan seumpamanya juga dipantau rapi kerana melibatkan keperluan asas harian rakyat.

Menurut Rohaida, terdapat empat elemen penting yang perlu diberi perhatian sebelum mana-mana peniaga menaikkan harga iaitu senarai barangan dan bentuk perkhidmatan, syarikat berdaftar, tempoh pergerakan harga serta margin pencatutan.

“Setakat ini, sebanyak 27 premis di seluruh Perlis telah diperiksa dan 27 notis dikeluarkan membabitkan 119 unit barangan dikenal pasti atau Stock Keeping Unit (SKU). Kita telah edarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan kepada peniaga yang terlibat dan mereka perlu kemukakan jawapan dalam tempoh empat hari bekerja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI