fbpx

Lanjutan reman Pengasas eHATI bersama lima lagi ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail: Kesemua suspek yang sebelum ini dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

SHAH ALAM – Permohonan lanjutan reman terhadap enam individu termasuk pengasas eHATI ditolak mahkamah hari ini.

Perkara itu disahkan Peguam Datuk M. Reza Hassan dengan Majistret Zur Azureen Zainalkefli tidak membenarkan permohonan reman kedua yang dibuat pihak polis.

“Majistret berpendapat tiada alasan untuk diberikan tambahan reman terhadap keenam-enam suspek itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim menegaskan, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pengasas eHATI bersama suami dan anak perempuannya direman tiga hari bermula 16 Julai lalu hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung penganjuran motivasi yang dipercayai songsang dan terpesong.

Turut direman dalam tempoh sama adalah tiga lagi merangkumi dua peserta dan suami kepada peserta.

Kesemua suspek terdiri empat wanita dan dua lelaki berusia 26 hingga 47 tahun.

Terdahulu, siasatan polis terhadap program motivasi eHati ditumpukan kepada tiga jenis kesalahan iaitu dibawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI