fbpx

Buruh terlepas hukuman mati, tuduhan bunuh ibu tunggal, rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaykumar bersama Freda dan Sarawanan tampak lega selepas dibebas dan dilepaskan di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh dua individu.

JOHOR BAHRU – Seorang buruh di Singapura terlepas hukuman gantung sampai mati selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ibu tunggal dan rakan lelakinya di sebuah flat di Taman Ungku Aminah, Skudai di sini, tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh, M. Jaykumar 39, di akhir kes pendakwaan.

Abu Bakar dalam penghakimannya, berkata pihak pendakwaaan gagal membuktikan kematian K. Kamala, 51, dan S. Silvaraja, 59, disebabkan oleh kecederaan yang dilakukan tertuduh.

Beliau berkata, mahkamah turut menimbangkan tiada kesan darah si mati dijumpai pada pakaian atau barangan lain pada tertuduh.

Hakim berhujah, pegawai penyiasat juga tidak mengambil pakaian atau barangan lain milik tertuduh bagi mengesan asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua si mati.

“Pendakwaan gagal membuktikan sama ada barang kemas yang dijual di pajak gadai oleh tertuduh milik Kamala. Anak si mati dalam keterangan juga tidak dapat mengesahkan barang kemas tersebut milik ibunya dan terdapat keraguan apabila masih terdapat barang kemas bersama Kamala,” hujahnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Jaykumar yang bekerja di Singapura, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Kamala dan Silvaraja di Flat Jalan Hang Jebat 14, Taman Ungku Aminah antara pukul 7 malam hingga 3 pagi, 31 Oktober hingga 1 November  2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI