fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga 23 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan beberapa kawasan perairan negara sehingga 23 Julai ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada jam 10 pagi hari ini, perairan Phuket, Utara Reef North dan Palawan diletakkan di bawah Kategori Kedua, dengan kelajuan angin antara 50 hingga 60 kilometer sejam serta ketinggian ombak mencecah 3.5 hingga 4.5 meter.

Sementara itu, kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan pula berada di bawah Kategori Pertama, dengan angin berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak antara 2.5 hingga 3.5 meter. Amaran bagi kawasan ini dijangka berakhir pada 20 Julai 2025.

Selain itu, beberapa kawasan lain yang turut berada dalam Kategori Pertama hingga 23 Julai termasuk Selat Melaka Utara, Utara Condore, Selatan Reef North, perairan Layang-Layang, Labuan dan Sulu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI