fbpx

Pelancong Korea ‘buat hal’ di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen menyatakan tindakan wanita dari Korea Selatan itu memalukan negara. - X

HANOI – Seorang wanita Korea Selatan bertindak agresif dengan menyerang dan mengherdik seorang wanita tempatan di sebuah kios gambar di Hanoi, Vietnam, lapor portal berita VNExpress semalam.

Pada awalnya, dua wanita Korea Selatan yang sedang menunggu di luar kios bertindak memaki hamun dan mendesak dua wanita tempatan supaya beredar dengan segera.

Apabila salah seorang daripada wanita Vietnam itu cuba membantah, keadaan menjadi tegang.

Salah seorang wanita Korea Selatan kemudian bertindak ganas dengan menarik rambut dan memukul kepala, muka serta badan mangsa berulang kali.

Saluran berita Yonhap News TV dari Korea Selatan menyifatkan tindakan itu sebagai mengaibkan negara.

Polis Hanoi melancarkan siasatan terhadap kes berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI