fbpx

‘Malu saya Ketua Cawangan UMNO ada orang kampung duduk rumah uzur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video Asyraf Wajdi meninjau pembinaan sebuah rumah dibawah skim Projek Perumahan Rumah Sejahtera (PPRS) di Gerik, Perak semalam.

PETALING JAYA – “Saya nak bawa Dr. tengok sebuah rumah di Kampung Gerik. Teruk sangat. Malu saya sebagai Ketua Cawangan UMNO apabila ada orang kampung sendiri duduk rumah amat uzur.”

Demikian keluhan dilontarkan oleh seorang Ketua Cawangan UMNO di Gerik, Perak kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada November lalu.

Menurut Asyraf Wajdi, Kamarudin Jait atau lebih popular dengan panggilan Labu ketika itu membawanya menziarahi Ustaz Burhan yang menginap bersama keluarga di sebuah rumah pusaka amat uzur.

Katanya, beliau segera membuat permohonan khas baik-pulih rumah daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Alhamdulillah. Permohonan yang saya angkat untuk baik-pulih ditukar menjadi bina baharu di bawah skim Projek Perumahan Rumah Sejahtera (PPRS) setelah pegawai kementerian mendapati rumah tersebut tidak lagi selamat untuk didiami,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau kembali ke rumah tersebut petang semalam untuk meninjau status pembinaan yang hampir siap kerana kebetulan ke Gerik untuk menghadiri beberapa program bersama penduduk kampung.

Jelasnya, walaupun beliau tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk membantu kerana bukan wakil rakyat atau Ahli Parlimen, namun permohonan seperti itu boleh disampaikan kepada pihak berwajib.

“Moga Allah memberkati dan merahmati semua pihak yang membantu mempermudahkan golongan yang memerlukan seperti ini untuk mengukir senyuman syukur apabila nasib mereka terbela,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI