fbpx

Bintang Lyon sanggup ke Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOLISSO (tengah) bersedia mempertimbangkan tawaran untuk menyertai United. - AFP

MANCHESTER– Pemain tengah Lyon, Corentin Tolisso dilaporkan sedia menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menghubungi pihak pengurusannya.

Menurut laporan akhbar di Perancis, The Red Devils telah mengambol pendekatan awal dengan menghubungi ejen pemain berusia 30 tahun itu bagi membincangkan potensi perpindahan ke Old Trafford.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu, merupakan antara pemain dengan bayaran tertinggi di Lyon sebelum ini menolak tawaran daripada kelab Liga Super Turki, namun terbuka untuk menyertai kelab ‘berprestij’ seperti Manchester United.

Difahamkan, United kini perlu mengadakan rundingan rasmi dengan pihak Lyon yang enggan melepaskan Tolisso kecuali menerima bayaran sekitar €10 juta (RM48.4 juta).

Walaupun tidak terdesak untuk meninggalkan Lyon, Tolisso dijangka mempertimbangkan tawaran tersebut sekiranya kedua-dua kelab mencapai persetujuan.

Musim lalu, Tolisso menunjukkan prestasi memberangsangkan bersama Lyon apabila meledak 10 gol dan mencipta sembilan bantuan jaringan dalam 46 penampilan sementara tujuh gol dan tujuh bantuan gol dilakukan pada saingan Ligue 1.

Sebelum kembali ke Lyon pada 2022, Tolisso pernah beraksi selama lima musim bersama gergasi Bundesliga, Bayern Munich dan memenangi lima gelaran liga serta satu kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) walaupun sering bergelut dengan kecergasan dan minit permainan.

Selain United, kelab Arab Saudi Neom serta Atletico Madrid turut dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain tengah versatil itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI