fbpx

PM adakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu Abang Abdul Rahman Zohari dan Hajiji di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama.

Menerusi pertemuan itu, Anwar berkata, beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.

“Ini bakal membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Sebelum itu, Anwar turut memuat naik hantaran, beliau mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146 di Putrajaya hari ini.

“Mesyuarat ini merupakan platform penting yang memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama.

“Melalui sinergi ini, kita dapat memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia secara keseluruhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI