fbpx

Sinner julang gelaran Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINNER menjulang kejuaraan di Wimbledon buat kali pertama sekali gus mengumpul gelaran Grand Slam keempat dalam karier setakat ini. - AFP

LONDON – Jannik Sinner akhirnya melengkapkan misi penebusan sempurna apabila menewaskan Carlos Alcaraz 4-6, 6-4, 6-4, 6-4 untuk menjulang trofi Wimbledon pertamanya di Centre Court kelmarin.

Kemenangan itu bukan sekadar Grand Slam keempat buat pemain Itali berusia 23 tahun itu, malah berjaya melunaskan misi balas dendam selepas kekalahannya di final Roland Garros, hanya 35 hari lalu juga ketika berdepan Alcaraz.

“Saya hidup dalam mimpi. Kami terima kekalahan di Paris, terus bekerja keras dan hari ini saya genggam piala ini,” kata Sinner.

Lebih istimewa, kejayaan itu memadam rekod 24 kemenangan berturut-turut milik Alcaraz dan menggagalkan hasrat pemain Sepanyol itu untuk merangkul kejuaraan hatriknya di Wimbledon.

Aksi di gelanggang rumput itu menyaksikan dua pemain muda terbaik dunia saling berbalas pukulan tajam, tetapi kelebihan mental dan servis konsisten memberi kelebihan buat Sinner dalam tiga set terakhir.

Sinner pernah digantung tiga bulan awal tahun ini kerana kes doping, namun kekal tenang menghadapi tekanan luar dan kembali lebih kuat di Wimbledon.

“Sama ada menang atau kalah, yang penting kita faham apa yang salah. Itulah kunci untuk terus mara,” tambah Sinner.

Bintang Itali itu turut mempamerkan ketahanan fizikal dan mental sepanjang kempen Wimbledon termasuk beraksi dengan kecederaan siku serta nyaris tersingkir di pusingan keempat sebelum lawannya, Grigor Dimitrov menarik diri.

Bagaimanapun, di pentas final tiada lagi ruang untuk bergantung kepada nasib, hanya disiplin, ketenangan dan keberanian mutlak yang membolehkan Sinner menumbangkan Alcaraz sekali gus merampas takhta di gelanggang rumput paling berprestij dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI