fbpx

CWC: Chelsea ubah ramalan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA muncul juara sulung saingan CWC dengan format baharu apabila membenam cabaran PSG pada aksi final awal pagi semalam. - AFP

NEW JERSEY – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mengakui pasukannya hanya memerlukan tempoh 10 minit untuk memastikan gelaran juara Piala Dunia Kelab 2025 milik mereka selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-0 pada aksi final awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium MetLife itu, skuad The Blues melakar kejutan walaupun dilabel status underdog hasil penyudah berganda Cole Palmer dan satu lagi gol menerusi jaringan penyerang baharu, Joao Pedro.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea merangkul trofi kedua pada musim ini selepas turut bergelar juara Liga Konferens Eropah pada Mei lepas.

Kata Maresca, apa yang dipamerkan oleh pasukan sepanjang kejohanan sangat luar biasa dan mereka menggandakan usaha dengan fokus sepanjang 90 minit pada aksi final.

“Saya rasa kemenangan ini hasil tumpuan penuh pemain kerana saya lihat kita hanya perlukan 10 minit pertama untuk bergelar juara dengan menetapkan tempo permainan dan menutup semua pergerakan PSG. Pemain tahu taktikal dan strategi yang telah diatur dan kekalkan hingga tamat perlawan.

“Kini, saya memberikan semua pemain cuti rehat selama tiga minggu sebelum mengharungi musim baharu pada bulan depan,” katanya.

Sementara itu, Maresca turut memuji penjaga gol, Robert Sanchez sebagai wira perlawanan dengan melakukan hantaran jauh yang berkualiti hingga menyukarkan pasukan lawan untuk mendapatkan bola.

“Kita tahu PSG memberikan tekanan di posisi tengah dan kita hanya perlu bermain dengan bola tinggi. Sanchez memudahkan strategi yang diatur selain menyelamatkan gawang pasukan daripada dibolosi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI