fbpx

Guru-guru tidak cukup motivasi boleh datang jumpa saya – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (lima,kiri) melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Widuri di Sungai Bakap, Nibong Tebal, hari ini.

SEBERANG PERAI – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menasihati para guru supaya tidak mudah terpengaruh dalam menyertai program motivasi mahupun bimbingan yang tidak diketahui pengisiannya.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan pelbagai program pembangunan dan motivasi yang bersesuaian untuk para guru berpandukan objektif pendidikan.

“Kita (guru-guru) kalau boleh tidak perlu terlibat dengan program-program motivasi yang kita tidak tahu daripada segi pengisian dan substansinya.

“Kalau guru-guru rasa tak cukup motivasi, datang jumpa saya. Saya boleh bagi motivasi,” katanya ketika diminta mengulas sama ada terdapat pembabitan guru-guru dalam program motivasi rumah tangga (eHATI) yang dikaitkan dengan perbuatan mencolok mata dan syirik.

Terdahulu, Fadhlina mengadakan sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Widuri di Sungai Bakap di sini, hari ini bagi melihat keberkesanan Program Anak Kita.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPM terus memberi komitmen tinggi bagi memastikan keselamatan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah di seluruh negara berada pada tahap terbaik.

Jelasnya, semua sekolah menerima sokongan penyelenggaraan secara berkala manakala sebarang isu serius seperti kerosakan struktur atau keperluan baik pulih besar akan disiasat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama agensi berkaitan.

Beliau menegaskan bahawa sebarang isu penyelenggaraan perlu segera dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI