fbpx
Hatitah menunjukkan isi durian Pabai ketika ditemui di perkampungan Orang Asli Kampung Pabai, Rembau semalam.

Meleleh air liur tunggu durian Pabai gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Walaupun keba­nyakan buah durian kampung dijual murah, namun raja buah dari Kampung Pabai di sini yang diusahakan oleh masyarakat suku kaum Temuan mempu­nyai keistimewaan tersendiri.

Disebabkan itu, durian tersebut masih bernilai tinggi dan dijual pada harga RM10 sekilogram.

Peniaga, Hatitah Buncit, 51, berkata, pokok durian di Kampung Pabai itu mula berbuah sejak seminggu lalu dan ada di antaranya yang sudah berusia lebih 60 tahun.

“Durian Pabai memang ada peminat yang tersendiri. Ada pelanggan sanggup datang dari Pahang semata-mata untuk menikmati buah durian ini. Walaupun kampung ini ke dalam sikit (pedalaman), mereka tidak kisah.

“Apabila tiba musim durian, belum lagi (buah) gugur, sudah ada pelanggan yang meng_hubungi saya bertanyakan dan beritahu air liur meleleh tunggu durian Pabai,” katanya ketika ditemui di Perkampu­ngan Orang Asli Kampung Pabai di sini semalam.

Sementara itu, suami Hatitah, Kamaruzam Mohd. Nor, 52, berkata, durian Pabai biasanya habis dijual dalam tempoh kurang sebulan dan sejak seminggu lalu, mereka menjual hampir 200 kilogram (kg) buah durian itu pada hari biasa.

Pada hari minggu, jualan durian Pabai boleh mencecah 350kg kerana peminat raja buah itu sanggup masuk ke kawasan kampung untuk merasai sendiri durian Orang Asli.

“Durian yang kita jual ini durian bukit, durian kampung sempena nama Kampung Pabai. Kami tidak jual buah yang gugur lebih 24 jam. Buah itu dikategorikan sebagai reject dan hanya akan dibuat tempoyak.

“Biasanya, saya akan mengga­lakkan pelanggan makan segera durian selepas dikopek berbanding makan di rumah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN