fbpx

‘Atuk’ seharian tidak makan, terpaksa jual lembu demi sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas menjual lembu peliharaannya demi menyara hidup. - Instagram

JAKARTA – Seorang warga emas mengundang perhatian orang ramai kerana sanggup berjalan di sekeliling sebuah pasar dari pagi hingga petang untuk menjual seekor lembu demi menyara hidup, lapor portal berita INews semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pembasmii.kehaluan.real memaparkan dia berjalan sambil menarik seekor lembu muda yang diikat dengan tali.

Meskipun letih, dia bertahan sehingga lembu ternakannya terjual demi membeli makanan dan keperluan lain.

Lebih menyayat hati, warga emas itu tidak mempunyai wang dan tidak makan seharian. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dia terpaksa melepaskan satu-satunya aset berharga demi kelangsungan hidup,” kata seorang netizen. 

“Kesian sangat, lembu itu masih kecil,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI