fbpx

Helikopter terhempas: Juruterbang patah tulang rusuk, cedera di kepala dan pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZAH (gambar kecil) ketika ditemui pemberita di lobi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, semalam adalah insiden kali pertama menimpa juruterbang, Asisten Komisioner Faizul Muhammad.

Kakak iparnya, Lizah Omar, 46, memberitahu, adik iparnya itu telah lama berkhidmat di dalam PDRM dan juga menjadi seorang juruterbang helikopter.

“Semalam ketika melawatnya, keadaan agak teruk, tetapi Alhamdulillah hari ini dia sudah semakin baik, sudah boleh berbual dan minta kuih untuk dimakan,” katanya ketika ditemui di lobi Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Tambah suri rumah itu, Faizul mengalami kecederaan patah tulang rusuk selain turut cedera di bahagian kepala dan pinggang.

“Dia sepatutnya menghantar anak sulung perempuannya ke sebuah universiti di Terengganu Ahad ini. Mungkin dia akan berada di hospital bagi meneruskan rawatan buat beberapa hari lagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI