fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan sebuah pesawat Gulfstream 200 terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa La Romana semalam. – AGENSI 

Jet peribadi meletup di landasan  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTO DOMINGO – Dua orang terbunuh apabila sebuah pesawat peribadi terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa La Romana, timur Republik Dominika semalam, kata pihak berkuasa penerbangan kebangsaan.

Institut Penerbangan Awam Republik Dominika  menyatakan,  mangsa yang maut adalah juruterbang dan pembantu juruterbang. 

“Pesawat tidak membawa penumpang.

“Juruterbang mengisytiharkan kecemasan kira-kira 30 kilometer ke barat daya La Romana, manakala pesawat terhempas ketika dalam perjalanan pulang ke lapangan terbang,” kata kenyataan pihak berkuasa Republik Dominika.

Menurutnya, siasatan telah dibuka untuk mengenal pasti punca nahas jet Gulfstream G200 tersebut.

Lapangan terbang itu memberi perkhidmatan kepada bandar pelancongan La Romana.

Pelancongan menjadi nadi ekonomi Republik Dominika, negara dengan 11.6 juta penduduk yang terletak di rantau Caribbean.

Pada tahun 2021, sembilan orang maut dalam nahas pesawat peribadi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Las Americas di ibu negara Republik Dominika, Santo Domingo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN