fbpx

Wanita ‘putih mata’ RM84,000 lebur akibat pelaburan kripto ‘Aleo SGM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANGKAK – Seorang ahli perniagaan wanita tempatan berputih mata apabila wang simpanan miliknya bernilai RM84,000 lebur terjerat penipuan pelaburan di website, ‘aleosgm.top’ baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, pihak polis menerima satu laporan polis daripada seorang perempuan warga tempatan berumur 52 tahun berkaitan penipuan pelaburan di website berkenaan pada 10 Julai 2025.

“Mangsa telah mengalami kerugian sejumlah RM84,000 setelah melakukan 17 transaksi berperingkat ke dalam lima akaun berbeza yang disyaki ‘mule account’.

“Perkenalan mangsa dengan suspek sejak Februari 2025 dan transaksi telah dilakukan mangsa sejak 29 Mei sehingga 7 Julai 2025.

“Pada awalnya, mangsa telah berminat untuk menyertai pelaburan kripto ini apabila mula berkenalan dengan seorang suspek melalui aplikasi tiktok dan suspek telah membuat tawaran keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat,”katanya ketika di hubungi hari ini.

Tambah Roslan, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat dan didenda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI