fbpx

Makanan sedap, berhenti terus, petua Tun M umur 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir.

PETALING JAYA – “Kalau makanan tu terlalu sedap, berhenti terus, jangan sambung makan.” Itu antara pesanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini genap berusia 100 tahun hari ini.

Petua tersebut pernah dikongsikan beliau dalam satu video yang kini kembali tular di media sosial sempena ulang tahun kelahirannya.

Tun M berkata, tabiat makan berlebihan akan menyebabkan perut membesar dan memberi tekanan kepada jantung.

“Jangan makan banyak sangat. Bila makanan tu sedap sangat, kita cenderung nak makan lebih. Itu tak bagus,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengelakkan makanan berlemak, rokok dan alkohol.

“Rokok tidak memberi faedah. Paru-paru kita untuk menyerap oksigen, bukan asap. Jadi merokok langsung tidak berguna, malah boleh membawa maut.

“Begitu juga dengan minuman beralkohol, ia boleh merosakkan hati. Ini antara cara untuk menjaga kesihatan,” ujarnya.

Tambahnya, jika disiplin ini diamalkan, seseorang itu akan lebih sihat dan kurang terdedah kepada penyakit berbahaya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tahap kesihatan dan kecergasan Tun M yang masih aktif walaupun sudah mencecah satu abad.

“Lain macam semangat dia. Makan berpantang, jaga kesihatan, itu kuncinya,” komen Zaki.

“Betul la, jangan ikut nafsu makan. Kalau sedap sangat, itu bahaya,” kata Ayunie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI