fbpx

PM ucap selamat ulang tahun ke-100 kepada Tun Dr Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Anwar di Facebook miliknya berserta ucapan selamat ulang tahun ke-100 Dr Mahathir, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Anwar turut menzahirkan doa supaya bekas Perdana Menteri itu terus dikurniakan kesejahteraan.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.

“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.

“Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, insya-Allah,” katanya menerusi media sosial.

Dr Mahathir yang dilahirkan di Alor Setar pada 10 Julai 1925 itu pernah membuat kejutan apabila menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Pada Julai 1981, beliau memegang jawatan Perdana Menteri yang keempat Malaysia selama 22 tahun iaitu tempoh paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara.

Beliau kemudiannya telah meletak jawatan berkenaan pada 31 Oktober 2003.

Namun pada tahun 2018, beliau kembali menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke-7 ketika berusia 93 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI