fbpx

CWC: Pedro cipta impak hebat julang Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRO (tengah) mula mencipta impak buat Chelsea selepas dibeli daripada Brighton dengan harga £60 juta (RM346.40 juta) awal bulan ini. - AFP

NEW YORK – Joao Pedro dihimpit perasaan bercampur baur selepas menyingkirkan bekas pasukannya, Fluminense untuk membawa Chelsea ke pentas final Piala Dunia Kelab.

Pada aksi separuh akhir di Stadium MetLife awal pagi semalam, Pedro menyumbangkan kedua-dua gol penting The Blues untuk menewaskan kelab Brazil berkenaan yang sebelum ini mencipta sensasi menumbangkan finalis Liga Juara-Juara Eropah, Inter Milan di suku akhir.

“Fluminense memberikan segala-galanya kepada saya, mereka mengajar saya untuk mengenali dunia yang sebenar. Beradanya saya di sini sekarang adalah disebabkan mereka mempercayai saya.

“Saya cukup bersyukur, namun inilah dunia bola sepak. Saya perlu bersikap profesional dan melakukan tugas, namun saya tetap bersimpati dengan Fluminense,” kata Pedro.

Paling mengujakan adalah Pedro tidak menunggu lama untuk menghadirkan impak buat pasukan yang baharu diwakilinya.

Selepas melakukan debut ketika dimasukkan sebagai pemain gantian pada aksi suku akhir menentang Palmeiras, Pedro memastikan kelangsungan paling sempurna apabila berada dalam kesebelasan utama dan mampu menyumbangkan dua gol membawa Chelsea ke final.

Pengorbanannya untuk memendekkan cuti selepas direkrut Chelsea daripada Brighton minggu lalu nyata menjadi keputusan tepat dan The Blues kini semakin menghampiri kejuaraan kedua selepas menoktahkan trofi Liga Konferens Europa.

“Kejayaan ini mungkin disebabkan saya berada dalam kesebelasan utama, namun saya masih ada banyak kerja rumah perlu dilakuan. Pasukan memenangi perlawanan dan mampu bermain dengan baik,” jelas penyerang berusia 23 tahun itu.

Perkembangan itu juga meringankan beban pengurus Chelsea, Enzo Maresca untuk tidak terlalu bergantung kepada seorang lagi penyerang baharu, Liam Delap selain tonggak sedia ada, Nicolas Jackson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI