fbpx

Gajah buat onar musnahkan kebun penduduk ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gajah liar jantan ditangkap Perhilitan di Kampung Slow Mengkuang, Kuala Krai semalam. FOTO IHSAN PERHILITAN

KUALA KRAI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar jantan yang memusnahkan tanaman penduduk Kampung Slow Mengkuang, di sini semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan sejak Rabu lalu selepas menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung gangguan gajah liar itu.

Menurutnya, gajah liar itu dipercayai merosakkan harta benda penduduk dan memusnahkan tanaman.

“Hasil pemantauan di kawasan berkenaan, anggota Perhilitan berjaya menangkap seekor gajah liar jantan berkeliaran di kampung berkenaan.

“Operasi pemindahan dan pelepasan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dilakukan dalam masa terdekat” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, pemindahan gajah itu akan dilakukan dengan kerjasama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Menurutnya, lebih 20 ekor gajah Iiar dipercayai berada di Hutan Simpan Kekal Serasa dan Ulu Temiang di sini.

“Orang ramai terutamanya pekebun perlu mengambil langkah yang lebih efektif seperti pembinaan parit gajah atau membina sistem pagar elektrik.

“Kita juga mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan berhati-hati apabila mereka terserempak dengan hidupan liar selain tidak mengambil tindakan sendiri sehingga mendatangkan bahaya kepada diri sendiri,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI