fbpx

Rapid Bus siasat insiden pertelingkahan pemandu bas, penunggang basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang tular ketika ini menunjukkan geng basikal masuk ke dalam jalan utama.

PETALING JAYA – Rapid Bus mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden membabitkan bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Rapid Bus berkata, kejadian berlaku selepas pemandu bas terpaksa memberhentikan kenderaan akibat halangan daripada sekumpulan penunggang basikal yang mengayuh secara berkumpulan di hadapannya.

“Terdapat penunggang yang memasuki lorong kiri dan menghalang laluan bas menyebabkan kapten bas (pemandu) memberhentikan bas dan menegur kumpulan terbabit.

“Namun, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan melalui jalan terbabit menenangkan keadaan,” katanya hari ini.

Menurut Rapid Bus, pemandu bas diberikan sesi kaunseling bagi membantunya mengendalikan situasi seumpama itu dengan lebih tenang pada masa akan datang.

“Semua kapten bas juga diingatkan untuk terus mengamalkan pemanduan berhemah dan mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan,” ujarnya.

Rapid Bus turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang demi keselamatan bersama.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan aksi pergelutan melibatkan sekumpulan penunggang basikal dan pemandu bas di Jalan Bestari Jaya, Kuala Selangor yang didakwa berpunca daripada insiden penunggang basikal yang menunggang melebihi garisan jalan tular di media sosial.

Video yang dimuat naik di TikTok @Slmanfrish memaparkan situasi tegang apabila kedua-dua pihak bergaduh mulut di bahu jalan dengan dakwaan pemandu bas bertindak agresif terhadap kumpulan penunggang tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI