JAKARTA – Seorang wanita terkejut apabila mendengar bunyi puntianak mengilai selepas membuat pembayaran di sebuah kedai serbaneka, lapor portal berita INews ID semalam.
Kejadian dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @netizeniseng.
Rakaman memaparkan wanita terbabit sedang mengimbas kod QR untuk membuat pembayaran.
Selepas selesai melakukan transaksi, dia terkejut mendengar suara puntianak mengilai dengan kuat.
Rupa-rupanya, bunyi tersebut merupakan notifikasi untuk memberitahu juruwang bahawa pembayaran telah dilakukan.
Klip video itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya sendiri pun terkejut,” kata seorang netizen. – AGENSI