fbpx

Suri rumah didakwa buat hantaran jelik hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaila ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. -Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook (FB) pada Januari lalu.

Tertuduh, Suhaila Abd. Halim, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norazlin Othman.

Ibu kepada enam anak itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya ke atas Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan aplikasi iaitu akaun FB ‘Suhaila Halim’.

Hantaran dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain itu dilihat di Hospital Sungai Buloh, kira-kira pukul 8.30 pagi, 5 Januari lalu seterusnya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mohamad Azmir Mohd. Razali mencadangkan jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.

Suhaila yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu pengurangan kos kepada RM500 kerana hanya suaminya bekerja dan mempunyai pendapatan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan cadangan pihak pendakwaan dengan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan tidak mengganggu saksi sehingga prosiding kes selesai selain sebutan semula pada 17 September depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI