fbpx

Bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham dilaporkan rebah ketika sedang beraksi dalam perlawanan membabitkan legenda Pulau Pinang menentang legenda Kedah sempena aksi empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir malam tadi. - Foto tular laman sosial

PETALING JAYA – Arena bola sepak negara dikejutkan apabila bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed meninggal dunia pada pukul 10.15 malam tadi.

Allahyarham dilaporkan rebah ketika sedang beraksi dalam perlawanan membabitkan legenda Pulau Pinang menentang legenda Kedah sempena perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Penang FC dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Ahli Lembaga Pengarah dan semua warga kerja Penang FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed yang telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi tadi.

“Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh…Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Kita Kembali,” kata kenyataan tersebut.

Allahyarham dianggap sebagai penjaga gol yang hebat pada zamannya dan mewakili skuad Harimau Kumbang sekitar era 90-an. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI