fbpx
Gambar hiasan janaan AI

Periksa anak malas belajar, mungkin IQ rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BULAN lalu, negara dikejutkan dengan kes pembunuhan guru wanita dan anak lelakinya yang ditemukan berlumuran darah di sebuah rumah di Melaka.

Insiden berdarah itu disyaki angkara perbuatan anak mangsa berusia 17 tahun yang dikatakan tertekan selepas dipaksa belajar bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Rentetan kejadian itu, ramai pihak berkongsi pandangan tentang isu tekanan emosi dan kesihatan mental pelajar yang terlalu ‘ditekan’ untuk meraih keputusan cemerlang.

Ada juga yang meminta agar mangsa iaitu ibu tunggal tidak dipersalahkan kerana mungkin terdapat faktor lain sehingga tercetusnya kejadian.

Langkah terbaik adalah menyerahkan kes kepada mahkamah untuk diadili.

Menyentuh tentang isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar, ia sememangnya berlaku dan perlu ditangani secara serius kerana ibarat ‘bom jangka’.

Tekanan emosi ditambah dengan amarah yang dipendam boleh mendorong kepada perlakuan di luar kewarasan.

Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, baru-baru ini turut menyentuh tentang kejadian itu, namun menegaskan bahawa pandangan yang diberikannya adalah secara umum.

“Kadang-kadang ibu bapa nak kejayaan anak-anak ini untuk apa? Kadangkala tidak ada sebab melainkan kerana kesombongan.

“Kita nak kata anak kita dapat 10A, baguslah. Kita gesa dan nasihatkan dia, tetapi jangan tekan sampai tiada life (kehidupan),” katanya menerusi satu video di Facebook Dr. Maza Channel, baru-baru ini.

Katanya, keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran bukanlah penentu kejayaan hidup.

“Tidak juga yang dapat kurang (cemerlang) itu bererti tiada masa depan kerana masih lagi panjang tempoh.

“Kejayaan manusia ada orang baca jawab kertas (peperiksaan) tak pandai, tetapi praktikal dan berniaga pandai, jadi ibu bapa jangan jadikan itu kayu pengukur,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Pakar Psikologi CPC International, Dr. Noor Aishah Rosli berkata, beliau kerap menerima kes berkaitan tekanan belajar terutama melibatkan ibu bapa dan pelajar yang berada dalam tahun peperiksaan.

“Mereka pasti bimbang dan tertekan. Apa yang saya lihat kadang-kadang ibu bapa tidak tahu bahawa pelajar tidak mampu untuk belajar.

“Kebanyakan yang saya lihat bukan sebab pelajar itu sendiri yang malas nak belajar, tetapi disebabkan oleh ketidakmampuan kognitifnya untuk memahami apa yang dipelajarinya,” ujarnya.

Menurut beliau, ada ibu bapa yang tidak menyedari anak mereka mengalami masalah tahap kecerdasan otak (IQ) yang rendah, Attention Deficit Disorder (ADD) atau gangguan kurang daya tumpuan serta disleksia.

“Ramai ibu bapa yang pukul rata, sangka anak malas belajar, selalu buang masa bermain komputer, permainan video. Disebabkan tekanan-tekanan inilah, maka ada juga dalam kalangan remaja bertindak tanpa sedar melakukan perbuatan jenayah.

“Saya sarankan ibu bapa agar tidak terlalu memaksa anak-anak meraih kejayaan yang ‘sangat cemerlang’ kerana kejayaan boleh didefinisikan dalam pelbagai bentuk, bukan hanya keputusan SPM. Banyak lagi cabang kehidupan yang boleh kita lihat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN