fbpx

[VIDEO] ‘Woi, kau bunuh saya punya adik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa bertindak menghampiri suspek selepas prosiding sambung reman di Mahkamah Sepang hari ini.

SEPANG- “Woi, kau bunuh saya punya adik, pakai otak sikitlah, saya punya adik, kasi mati,”.

Demikian teriakan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga penuntut universiti yang dibunuh pada 24 Jun lalu ketika suspek pembunuhan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini selepas selesai permohonan sambungan reman tadi.

Tindakan lelaki itu menyebabkan suasana tegang seketika sebelum keadaan kembali dikawal polis bertugas.

Terdahulu, Majistret Khairatul Animah Jelani memerintahkan tiga suspek kes bunuh disambung reman selama tujuh hari bermula esok sehingga Khamis depan.

Ketiga-tiga suspek tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada pukul 8.40 pagi dalam keadaan tangan bergari serta dikawal oleh anggota polis.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah pada pukul 9.50 pagi.

Sebelum ini, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula 27 Jun lalu dan berakhir hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penuntut, Maniishapriet Kaur Akhara, 20, dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dihentak menggunakan objek tumpul sampai mati sebelum mayatnya dijumpai di sebuah rumah pada Selasa lalu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI