fbpx

Penjawat awam ditahan kes salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu direman kerana disyaki salah guna kuasa di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Dua individu termasuk penjawat awam ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan bersubahat serta mencadangkan sebuah syarikat penyelenggaraan dan pembersihan bagi kerja-kerja berkaitan bernilai kira-kira RM300,000.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah antara pukul 11 pagi hingga 2 petang semalam.

Mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk proses reman.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan kedua-dua suspek direman selama lima hari bermula hari ini.

Menurut sumber, dua suspek terbabit disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 dan 2021.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat di mana suspek utama yang merupakan seorang penjawat awam telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membolehkan mereka mendapat keuntungan daripada syarikat yang dilantik,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI